Saturday, August 28, 2021

BAPP JPPKK

 

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) berperanan merancang hala tuju pengambilan pelajar termasuk pelajar antarabangsa berdasarkan unjuran enrolmen dan keperluan program pengajian, program pengambilan pelajar secara berpusat (tidak termasuk program PSH), menyenggara sistem aplikasi pengambilan pelajar serta merancang dan mengurus pengambilan pelajar, pendidikan dan latihan termasuk promosi, penawaran susulan, pertukaran antara institusi dan program, pemantauan serta kompilasi maklumat pengambilan pelajar bagi semua institusi.

BAPP juga berperanan merancang, mengurus dan menyelaras program kecemerlangan pelajar termasuk kebajikan, sukan, kesukarelawan dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik termasuk pelajar antarabangsa. Selain itu, BAPP berperanan mengurus dan memantau penguatkuasaan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 bagi mengawal tatatertib pelajar, merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi juga bertanggungjawab sebagai urus setia yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah dan sukan.

BAPP turut berperanan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program pembangunan dan pembudayaan keusahawanan pelajar berdasarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi. BAPP juga merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi dan bertanggungjawab sebagai urus setia untuk program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan keusahawanan. Selain daripada itu BAPP merancang dan mengurus program perhubungan dan rangkaian strategik dengan alumni bagi menyokong program kebolehpasaran dan program sumbangan baik kepada institusi.

Puan Noranyza Binti Yusoff, Pengarah BAPP


KIKIS IMEJ POLITEKNIK SEBAGAI PILIHAN KEDUA

  "Pengajian di Politeknik mendedahkan kami bukan saja kepada kemahiran tetapi mampu releven dengan pasaran" -Mohd Imran Kathar Is...