Monday, July 10, 2023

KIKIS IMEJ POLITEKNIK SEBAGAI PILIHAN KEDUA

 

"Pengajian di Politeknik mendedahkan kami bukan saja kepada kemahiran tetapi mampu releven dengan pasaran"

-Mohd Imran Kathar Ismail, Alumni POLIMAS.


Tuesday, February 21, 2023

SELAMAT BERSARA

 

Selamat Bersara diucapkan kepada YBrs. Puan Noranyza binti Mohamad Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK yang berkuatkuasa pada 13 Februari 2023. Sekalung penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang tidak ternilai kepada POLYCC.

Tuesday, October 11, 2022

HALA TUJU PELAJAR LEPASAN SPM

 

Ikuti temubual bersama YBrs. Puan Noranyza Mohamad Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar di bernamadotcom jam 3.30 petang. Temubual ini akan membincangkan tentang Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM.

Tuesday, November 16, 2021

HALATUJU LEPASAN SPM

 

Saksikan temubual secara langsung bersama Puan Noranyza Mohamad Yusoff, Pengarah bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bersama En Meor Muhamad Fazrul Adly meor Fuad, pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Pengurus Meor Legacy yang akan mengupas berkenaan hala tuju pelajar lepasan SPM, TVET Pilihan Utama di rancangan Malaysia Hari Ini, TV3 pada 16 November 2021, Selasa Jam 9.00 pagi.

Tuesday, September 21, 2021

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT

 

Pada hari Jumaat (17 September 2021) telah diadakan majlis perpisahan kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar di seluruh Malaysia yang telah dinaikkan pangkat ke DH 52. Majlis tersebut diadakan secara atas talian yang dihadiri oleh Pengarah Kanan (Kompetansi), Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar dan seluruh Ketua jabatan hal Ehwal Pelajar dari seluruh Malaysia.

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang telah berjaya diatas sumbangan dan khidmat bakti kepada pelajar politeknik Malaysia. Diharapkan juga mereka terus berjaya dengan tugas baru yang diamanahkan dan terus cemerlang untuk masa akan datang.


Antara mereka-mereka yang telah dinaikkan pangkat ke DH 52




Saturday, August 28, 2021

BAPP JPPKK

 

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) berperanan merancang hala tuju pengambilan pelajar termasuk pelajar antarabangsa berdasarkan unjuran enrolmen dan keperluan program pengajian, program pengambilan pelajar secara berpusat (tidak termasuk program PSH), menyenggara sistem aplikasi pengambilan pelajar serta merancang dan mengurus pengambilan pelajar, pendidikan dan latihan termasuk promosi, penawaran susulan, pertukaran antara institusi dan program, pemantauan serta kompilasi maklumat pengambilan pelajar bagi semua institusi.

BAPP juga berperanan merancang, mengurus dan menyelaras program kecemerlangan pelajar termasuk kebajikan, sukan, kesukarelawan dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik termasuk pelajar antarabangsa. Selain itu, BAPP berperanan mengurus dan memantau penguatkuasaan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 bagi mengawal tatatertib pelajar, merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi juga bertanggungjawab sebagai urus setia yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah dan sukan.

BAPP turut berperanan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program pembangunan dan pembudayaan keusahawanan pelajar berdasarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi. BAPP juga merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi dan bertanggungjawab sebagai urus setia untuk program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan keusahawanan. Selain daripada itu BAPP merancang dan mengurus program perhubungan dan rangkaian strategik dengan alumni bagi menyokong program kebolehpasaran dan program sumbangan baik kepada institusi.

Puan Noranyza Binti Yusoff, Pengarah BAPP


KIKIS IMEJ POLITEKNIK SEBAGAI PILIHAN KEDUA

  "Pengajian di Politeknik mendedahkan kami bukan saja kepada kemahiran tetapi mampu releven dengan pasaran" -Mohd Imran Kathar Is...